IKLAN STAYFIT
USAHAWAN
Nurhanis wanita muda berani ambil risiko
ALOR SETAR 16 Ogos - Minat yang mendalam dalam perniagaan mendorong Nurhanis Abu Hassan, 24, menceburi bidang tersebut dengan mengusahakan produk minuman diet berasaskan herba berjenama Stay Fit.Wanita yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Pembinaan itu tekad membuka Annys Beauty & Spa selepas menamatkan pengajian di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTHO) tahun lalu bagi merealisasikan impiannya itu.
Menurut Nurhanis, minat untuk menjadi seorang usahawan tercetus selepas didedahkan dengan dunia perniagaan yang dijalankan oleh bapanya Abu Hassan Mahad, 51, di pekan Simpang Kuala di sini sejak beberapa tahun lalu.
Sehubungan itu, katanya, jika mempunyai peluang termasuk sewaktu cuti semester, dia akan mengambil kesempatan berkenaan untuk mempelajari dan mendalami selok-belok mengendalikan sesuatu perniagaan bersama bapanya.
"Malah, semasa masih menuntut di KUiTHO, saya juga menyertai kelab usahawan," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Menceritakan lebih lanjut, Nurhanis memberitahu, selepas tamat pengajian dan ketika dalam proses mencari kerja, terlintas di fikirannya untuk membuka perniagaan sendiri lalu mendapatkan pandangan serta nasihat Abu Hassan berhubung hasratnya itu.
Ketika itulah, katanya, bapanya mencadangkan konsep perniagaan produk minuman diet berasaskan herba yang semakin popular pada masa ini.
"Kemudian lahirlah produk berjenama Stay Fit keluaran Annys Beauty & Spa yang berada di pasaran sejak beberapa bulan lalu," katanya.
Katanya, meskipun mengetahui bakal berdepan persaingan namun dia berani menghadapi sebarang risiko kerana percaya bahawa rezeki ada di mana-mana selagi ikhlas dan berusaha mendapatkannya.
Sebagai 'orang baru' dalam bidang berkenaan, katanya, dia sentiasa berusaha memajukan diri termasuk menjalankan kajian bagi memberikan produk yang terbaik kepada pelanggan.
"Saya kini memberi sepenuh perhatian terhadap perniagaan ini dan percaya produk keluaran Annys Beauty & Spa diminati ramai kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan," katanya.
No comments:
Post a Comment